TUGASAN 8 : ANALISIS LATIHAN PEMAIN BOLA SEPAK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
pentaksiran_permainan_bola_sepak.xlsx | |
File Size: | 7 kb |
File Type: | xlsx |
TUGASAN 7 :LINK VIDEO YOUTUBE MENGENAI WEB 2.0, E-LEARNING DAN MOBILE LEARNING
https://www.youtube.com/watch?v=xIVtTM1JicM
TUGASAN 6 : MEMBINA BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
broshure | |
File Size: | 3146 kb |
File Type: | pub |
TUGASAN 5 : LAPORAN TUGASAN WEB 2.0, E-LEARNING DAN M-LEARNING
laporan_kajian.docx | |
File Size: | 535 kb |
File Type: | docx |
TUGASAN 4 : BORANG SOAL SELIDIK WEB 2.0, E-LEARNING DAN M-LEARNING
tugasan_4.csv | |
File Size: | 7 kb |
File Type: | csv |
TUGASAN 3 : TUGASAN GOOGLE SLIDE WEB 2.0, E-LEARNING DAN M-LEARNING
power_point_web_2.0_e-_learning_dan_m-_learning.pptx | |
File Size: | 1116 kb |
File Type: | pptx |
TUGASAN 2
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & CONTENT MANAGEMENT SYSTEM
Learning Management System (LMS)
Sistem Pengurusan pembelajaran adalah sebuah sistem yang dikait rapat dengan guru atau pensyarah. Sistem ini juga dapat dicipta secara online dan seorang tenaga pelajar dapat memuat naik soalan atau kerja menggunakan sistem pengurusan pembelajaran ini.Sistem ini biasanya digunakan apabila seseorang guru atau pensyarah ingin memberi maklumat atau kerja rumah kepada pelajar mereka. Dengan menggunakan sistem ini, guru dan tenaga pelajar dapat menjimatkan masa untuk memberi kerja rumah kepada pelajar mereka.
LMS ini juga mudah untuk digunakan kerana tenaga pelajar tidak perlu membuang masa untuk menanda kertas atau kerja rumah yang telah diberikan.Sebaliknya,apabila pelajar tamat melakukan kerja tersebut, mereka dapat menyemak markah mereka di laman web tersebut. Sistem pengurusan pembelajaran ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa,malahan dapat menjimatkan wang ringgit untuk membeli kertas,fotostat dan sebagainya.
Selain itu,seoarang guru juga mampu membuat kelas secara online dan secara tidak langsung pelajar dan guru dapat menyertai kelas online ini walaupun mereka berada di tempat yang berasingan dan berjauhan antara satu sama lain.Guru juga boleh menukar atau mengubah gred markah di LMS tersebut mengikut keinginan dan taraf soalan taraf soalan tersebut.
Content Management System (CMS)
Content management system (CMS) ialah sebuah aplikasi atau perisian yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses CMS. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web.
Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:
- Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
- Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
- Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
- Mentakrifkan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.
TUGASAN 1
KOMPUTER SEBAGAI ALAT, GURU DAN PELAJAR
Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penggunaan komputer ini bukan hanya meluas dalam institusi pengajian tinggi sahaja malahan meluas dlam bidang kerjaya dan lain-lain lagi.
Komputer Sebagai Alat
Komputer boleh di ungkapkan sebagai alat ataupun medium perantaraan yang digunakan untuk memperolehi sesuatu maklumat dan bahan-bahan untuk digunakan dengan mudah dan lebih efektif tanpa perlu menggunakan kaedah yang lebih sukar. Menggunakan Komputer serta Internet kita dapat memperoleh pendidikan dan Ilmu pengetahuan yang luas. Setiap aplikasi yang kita peroleh atau muat turun pasti mempunyai menu bantuan yang mengandungi langkah-langkah dan panduan penggunaan aplikasi atau program tersebut kepada pengguna. Selain itu, komputer ini juga boleh berfungsi sebagai alat perhubungan antara dua pihak ataupun lebih daipada itu.
Komputer Sebagai Guru
Komputer sebagai guru adalah di mana komputer berperanan menyampaikan pegajaran yang telah diprogramkan. Pelajar dapat berinteraksi dengan komputer dalam bentuk tutorial di mana ianya hampir serupa dengan kaedah pembelajaran dengan guru di sekolah/ipt, cuma kaedah dan konsep yang agak berbeza apabila menggunakan komputer. Komputer dapat merekod dan mengurus kemajuan serta menjadi garis panduan kepada pelajar. Kebanyakan bahan atau perisisan kursus multimedia yang terdapat sekarang menggunakan komputer sebagai guru. Apabila kita berhubung dengan internet kita dapat memperoleh pengetahuan degan lebih mudah, contohnya ilmu pengetahuan seperti Sejarah, Kebudayaan, Matematik, Sosial, Biologi, Kedoktoran atau Kesihatan, Ekonomi, Politik, Bahasa, pengetahuan Agama dan lain lain. Disamping itu kita jugak dapat mempelajari dan mengambil informasi yang berguna seperti pelajaran jarak jauh degan hanya menaip tajuk tugasan untuk mendapatkan maklumat tersebut. Bahan atau perisian kursus ini dapat di kelaskan kepada beberapa jenis seperti latih-tubi,tutorial,tunjuk cara dan simulasi dan banyak lagi tambahan pula dari masa ke semasa komputer ataupun internet ini akan sentiasa ditambah baik untuk lebih memudahkan pengguna.
Komputer Sebagai Pelajar
Komputer sebagai pelajar adalah merujuk kepada pengguna,iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer.Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna,sebaliknya pengguna yang mengawal komputerdalam membentuk sesuatu jadual atau program yang diperlukan. Sebagai pelajar, komputer perlu mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pengguna seperti mencari sesuatu maklumat yang diingini oleh pengguna komputer tanpa melebihi had batas komputer atau internet tesebut. Seterusnya, komputer juga digunakan sebagai medium penyusunan sesuatu perancangan dan dengan penggunaan komputer, ianya sangat membantu untuk memenuhi kepeluan pengguna yang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Secara tidak langsung ini menjadikan komputer sebagai pelajar yang mengikuti arahan pengguna untuk menyiapkan tugasan-tugasan pengguna dengan lebih baik.