GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri

​KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

GE 115

Minggu 14

12/21/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua?
Pada minggu terakhir ini iaitu pada minggu ke-14, saya telah diberi penerangan dan membuat perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet) serta memasukkan data. Saya dan ahli kumpulan saya juga berlajar berkaitan pemformatan seperti memasukkan data dan membuat analisa. Seterusnya kami belajar bagaimana penyimpanan dan penutupan lembaran kerja serta formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh: 
  •  STDEV
  • AVERAGE
  • COUNTIF
  • Sort
  • Filter
  • Graph
Akhir sekali, saya telah membuat anlisa tentang latihan pemain bola sepak UKM di mana kajian ini mengambil kira sejauh mana para pemain menguasai teknik-teknik dalam bola sepak contohnya teknik passing,shooting dan lain-lain lagi. Kajian ini mempunyai sebanyak 5 teknik asas dalam bolas sepak dimana pemain dikukur melaui gred-gred dan markah yang diberikan dalam setiap ujian yang dijalankan dan pada akhir ujian ini akan diberikan keptusan masing-masing kepada setiap peserta supaya mereka tahu dimana tahap menguasai sesuatu teknik tersebut.
​
Picture
Picture
0 Comments

Minggu 13

12/7/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera?
            Tak sedar kini kta telah berada di Minggu ke-13. Maknanya, sudah 13 minggu kita bergelar mahasiswa UKM. Pada tugasan 7 ini, kami telah disuruh untuk berbincang tentang elemen-elemen dalam multimedia di forum weebly. Hasil daripada perbincangan ini, saya mendapat banyak info tentang multimedia dan elemen-elemennya. Antaranya ialah terdapat lima elemen penting dalam multimedia iaitu Animasi, Teks, Video, Audio dan juga Grafik. Lima elemen ini merupakan elemen utama dalam multimedia.
​
           Seterusnya, kami telah disuruh untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing tentang storyboard/powtoon/videomakers dan skrip untuk menghasilkan satu video berkaitan dengan tajuk berkenaan. Saya dan Ahli kumpulan saya  telah berbincang untuk membina storyboard dan skrip yang kami gunakan dalam pembinaan video berkaitan dengan tajuk kami dalam tugasan ketiga iaitu web 2.0, e-learning dan m-learning. Gambar video dibawah ialah video kumpulan kami yang telah dimuat naik dalam youtube.
Picture
0 Comments

Minggu 12

11/30/2015

0 Comments

 
  Assalamualaikum dan salam sejahtera,

      30/11/2015 merupakan minggu kedua belas . Pada minggu kedua belas ini , kelas berjalan seperti biasa bersama Dr Siti Fatimah . Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah menanyakan kepada kami tentang setakat mana pembuatan video setiap ahli kumpulan kerana sepatutnya video ini diberi masa 3 minggu untuk disaipkan dan ini bermakna tempah untuk siapkan video tersebut adalah pada minggu terakhir pengajian untuk semester ini.  Pada hari ini tersebut Dr Siti Fatimah menyemak tugasan-tugasan , releksi-releksi di dalam weebly setiap pelajar dan memperingati setiap indidvidu untuk lebih komited dalam menyiapkan kerja masing- masing. Jika pelajar kelas kami tidak menyiapkan releksi-releksi atau tugasan-tugasan yang telah diberikan , Dr Siti menyatakan beliau akan memotong markah pelajar tersebut. Oleh itu, kami perlu memberikan fokus yang lebih lagi untuk menyiapkan segala tugasan tersebut.


      Selain itu , Dr Siti Fatimah menunjukkan contoh-contoh video didalam kelas kami . Antara contoh-contoh video yang ditayang dalam kelas kami ialah video pembuatan filem Avatar , The Hobbits , Baby Dance dan lain-lain di youtube. Dr Siti Fatimah menyatakan bahawa filem-filem tersebut dibuat dengan menggunakan softwere-softwere yang amat canggihterutamanya video-video dari luar negara kerana mereka mempunyai teknologi yang lebih cangggih serta pakar-pakar yang terbaik berbanding di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah bidang perfileman kita sedikir ketinggalan berbanding negara luar disebabkan kurangnya peralatan yang baik dan terkini.
0 Comments

Minggu 11

11/23/2015

0 Comments

 
           Pada 23/11/15 merupakan minggu kesebelas kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah. Pada minggu tersebut Dr.Siti Fatimah meminta untuk menghantar kerja individu kami iaitu tugasan Brochure . Kelas minggu tersebut dijalankan seperti biasa. Seperti biasa, hari isnin merupakan hari yang padat dengan jadual hingga ke petang hari namun demi tanggungjawab kami hadirkan diri ke kelas komputer untuk menyiapkan segala tugasan.
        
           Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah memberikan tugasan terakhir dalam khusus komputer dalam pendidikan. Tugasan tersebut ialah dengan membuat video kartun dalam pendidikan dalam bentuk penyampaian. Tugasan tersebut dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut .
           
​           Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti pada tugasan yang ketiga. Dimana tajuk kumpulan saya ialah e-learning dan m-learning. 
Selain itu , Dr Siti juga membuka video-video contoh yang telah dibuat oleh pelajar permata pintar.
Picture
0 Comments

minggu 10

11/16/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca
     
           Pada 16/11/2015 merupakan minggu kesepuluh kami bersama Dr Siti Fatimah dalam khusus komputer dalam pendidikan dan boleh dikatakan berbaki lagi empat minggu untuk tamat semster ini. Pada minggu kesepuluh ini Dr Siti Fatimah memberi tugasan Keenam iaitu membuat brochure dalam kumpulan masing- masing. Tugasan keenam ini dilakukan secara individu . Tajuk yang digunakan dalam pembuatan brochure ini dengan mengguna tajuk yang telah diberikan pada tugasan ketiga . Ahli kumpulan saya telah membahagi tajuk masing-masing . Dimana dalam tajuk brochure saya , saya mengambil tajuk e-learning seperti dalam tugasan seblum ini .

            Selain itu , Dr Siti memberikan contoh-contoh laman yang boleh membuat brochure secara online . Uniflip(http://www.uniflip.com/?gclid=CjwKEAiAhPCyBRCtwMDS5tzT03gSJADZ8VjR-CjXZ8ox14fznrrU0nKC_9JOF1I-WPFNK1XBH40qcRoCvIDw_wcB) , microsoft Publisher , dan lain-lain. Dr Siti juga memberikan contoh-contoh brochure yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar senior. 
​di bawah adalah contoh gambar brochure yang telah siap dan lengkap
Picture
0 Comments

Minggu 9

11/2/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera ?​
        Pada 2/11/2015 merupakan minggu kesembilan saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada minggu kesembilan ini Dr.Siti Fatimah menyemak soalan-soalan soal selidik kumpulan saya buat kali kedua serta tugasan - tugasan lain yang telah siap dan mungkin mempunyai kesalahan untuk di semak . Semakan kali kedua ini juga masih lagi mempunyai kesilapan. Dr Siti Fatimah Membetulkan kesilapan tersebut. Kesilapan-kesilapan yang saya lakukan sepanjang bersama kelas Dr.Siti Fatimah membuatkan diri saya berasa lebih berhati-hati dalam melakukan kerja-kerja ini dan sentiasa membaiki kesilapan-kesilapan tersebut untuk mendapatkan sesautu hasil yang lebih baik untuk diri saya
         
         Selain itu , Dr Siti juga menyuruh kami menyebarkan borang-borang soal selidik kami kepada orang lain melalui email atau facebook atau lain-lain dan di mana-mana media sosail yang mampu dijawab oleh pengguna media sosial. Dr Siti meminta sekurang-kurang mendapat 50 responden untuk menjawab soal selidik yang telah kami siapkan menyiapkan tugasan kami .
Picture
0 Comments

Minggu 8

10/26/2015

0 Comments

 
​
Pada minggu kelapan kelas kursus GGGE 1155 Komputer Dalam Pendidikan ini, kami telah menyambung tugasan yang telah diberikan kepada kami pada minggu ketujuh, beserta dengan tugasan tambahan. Berdasarkan borang soal selidik yang telah kami cipta pada minggu lepas, kami diminta untuk menghantar soalan tersebut kepada rakan-rakan kami untuk dijawab berdasarkan pengetahuan mereka.

​Penyebaran soalan kepada rakan - rkan dlah bertujuan untuk mendapat maklumbalas tentang kefahaman pelajar tentang tajuk masing-masing. Respons yang telah diberikan secara automatiknya akan direkodkan ke dalam satu lampiran baru 
Google Sheet di dalam Google Drive. ​Gambar di bawah merupakan respon yang diberikan yang mana permulaannya hanya sedikit dan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Picture
0 Comments

Minggu 7

10/19/2015

 

assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam satu Malaysia,Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi nikmat untuk bernafas lagi untuk kita semua bertemu lagi walaupun hanya melalui laman sosial. Masuk minggu sudah minggu ke-7 saya barada di dalam kelas GE1155 Komputer dalam pendidikan dan Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengemaskini refleksi saya dalam minggu ke-7 ini.

i minggu ke-7 kami diberi tugasan yang kelima. Dalam tugasan yang lepas kami diajar untuk membina borang soal selidik bagi membantu menyiapkan tugasan kami. seperti kumpulan lain kami juga telah meletakkan link borang soal selidik kami 

https://docs.google.com/forms/d/1LkxC6Y6JtAppKyEHHhC_ya2WnG1sXO0H_phGWP
​GPoCY/viewform?usp=send_form
 weebly forum agar dapat dijawab oleh pelajar lain. Setelah mendapat maklumbalas daripada respondan-respondan  saya telah membuat analisis data dengan merujuk internet. Hasil analisis ini akan saya gunakan untuk laporan tugasan berkumpulan saya iaitu "E-learning'.
​
aya telah mendapat maklumbalas seramai 39 orang dan hasil daripada soal selidik saya akan saya analisis dan dan digunakan di dalam laporan saya pada minggu ke- 8 nanti. 
Sekian sahaja refleksi saya untuk minggu ke-7.

​
Picture

Minggu 6

10/12/2015

 
Pada minggu ini saya dan rakan-rakan perlu membuat slide show untuk pembentangan. Tugasan ini melibatkan setia topik mengikut kumpulan masing - masing iaitu web 2.0, E-learning dan Mobile learning. Slide ini akan menerangkan secara ringkas tugasan kami. Kami menggunakan perisian google drive intuk membuat slide dalam masa yang sama Dr Siti Fatimah mampu melihat pergerakan tugasan kami dari semasa ke semasa.  
Picture
Picture

Minggu 5 

10/5/2015

 
Pada minggu ini, kelas Komputer Dalam Pendidikan berjalan seperti biasa, walaupun sedikit kelewatan oleh pelajar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
​
Pada minggu ini juga, terdapat pelajar senior yang baru menyertai kelas ini pada hari ini oleh itu
​ pengisian pada minggu ini agak sedikit kurang kerana pensyarah lebih menumpukan kepada pendaftaran pelajar-pelajar senior tersebut. Walaupun begitu, kami pelajar-pelajar yang lain meneruskan tugasan-tugasan kami seperti yang telah diarahkan. Pada hari ini ini juga, Dr Siti Fatimah telah menyemak tugasan tugsan kami yang lepas dan memberi sedikit penjelasan kepada kami. Dr Siti juga telah menegur beberapa kumpulan untuk bersikap aktif dalam kerja berkumpulan di Google Drive tersebut. Selain itu, Dr Siti Fatimah telah memberitahu tentang jenayah siber yang semakin berleluasa dan semakin kuat di negara ini.

Dr Siti juga telah membincangkan tentang tugasan 3 yang bakal dibentangkan pada minggu keenam akan datang. Saya dan ahli kumpulan saya telah membincangkan tentang tajuk yang bakal kami bentangkan iaitu Web 2.0 ,E-Learning and Mobile Learning. Pada awalnya agak susah untuk memahami tajuk tersebut tetapi kerjasama antara ahli kumpulan banyak membantu dengan memberi idea dan penerangan yang lebih mudah untuk difahami. Alhamdulillah dengan sikap yang positif yang ahli kumpulan yang ada,semuanya telah berjalan dengan lancar.
Picture
<<Previous

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri