Pada minggu ini, kelas Komputer Dalam Pendidikan berjalan seperti biasa, walaupun sedikit kelewatan oleh pelajar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pada minggu ini juga, terdapat pelajar senior yang baru menyertai kelas ini pada hari ini oleh itu pengisian pada minggu ini agak sedikit kurang kerana pensyarah lebih menumpukan kepada pendaftaran pelajar-pelajar senior tersebut. Walaupun begitu, kami pelajar-pelajar yang lain meneruskan tugasan-tugasan kami seperti yang telah diarahkan. Pada hari ini ini juga, Dr Siti Fatimah telah menyemak tugasan tugsan kami yang lepas dan memberi sedikit penjelasan kepada kami. Dr Siti juga telah menegur beberapa kumpulan untuk bersikap aktif dalam kerja berkumpulan di Google Drive tersebut. Selain itu, Dr Siti Fatimah telah memberitahu tentang jenayah siber yang semakin berleluasa dan semakin kuat di negara ini.
Dr Siti juga telah membincangkan tentang tugasan 3 yang bakal dibentangkan pada minggu keenam akan datang. Saya dan ahli kumpulan saya telah membincangkan tentang tajuk yang bakal kami bentangkan iaitu Web 2.0 ,E-Learning and Mobile Learning. Pada awalnya agak susah untuk memahami tajuk tersebut tetapi kerjasama antara ahli kumpulan banyak membantu dengan memberi idea dan penerangan yang lebih mudah untuk difahami. Alhamdulillah dengan sikap yang positif yang ahli kumpulan yang ada,semuanya telah berjalan dengan lancar.