assalamualaikum.
Seperti biasa,kelas komputer dijalankan seperti sebelumnya di tempat dan waktu yang sama di mana minggu keempat ini kami diberikan tajuk assigment mengikut kumpulan masing. Setiap kumpulan diberikan dua bentuk tugasan iaitu untuk minggu keempat dan kelima. pada kelas kali ini, saya dan rakan sekelas mempelajari untuk menggunakan komputer dan teknologi yang sewaktu dengannya untuk mencari maklumat- maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran dengan lebih mudah. Pertama, kami di ajar untuk menggunakan aplikasi "Google scholar" dimana aplikasi ini di gunakan untuk mencari maklumat ataupun bahan- bahan rujukan seperti artikel dan sebagainya. Kedua, aplikasi ini boleh dikatakan sebagai aplikasi perpustakaan siber dimaan terdapat pelbagai bahan bacaan yang berbentuk buku,novel,majalah dan lain-lain dan ianya dinamakan " Google books" . Seterusnya, dengan pembelajaran hari ini akan lebih memudahkan para pelajar dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan serta lebih menjimatkan kan masa dan boleh digunakan dimana sahaja . Terima kasih kepada Dr Siti Fatimah kerana memberikan tunjuk ajar untuk pelajar agak lebih maju ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.